Photobucket

Orang Utan

Jutaan tahun dahulu orang utan banyak terdapat di Asia, bermula dari kepulauan Jawa hinggalah ke Loas dan Selatan Cina. Kini ianya hanya boleh ditemui di Borneo dan Sumatra. Daripada kedudukan geografi dimana ia boleh ditemui orang utan dibahagikan kepada 2 iaitu Pongo pygmaeus (di Borneo) dan Pongo abelii (di Sumatra). Kedua-dua spesis ini mempunyai karakteristik fizikal yang berbeza.

Orang utan sumatra mempunyai muka yang lebih tirus dan bulu yang lebih lebat berbanding orang utan spesis borneo. Orang utan Borneo pula berwarna lebih gelap dan bagi orang utan jantan pipinya lebih lebar berbanding orang utan Sumatra.

Rujukan : Orangutan Foundation UK website