Photobucket

Kenapa Perlu Dilindungi?

Orang utan memainkan peranan penting Alam Semulajadi dan sejarah budaya Malaysia

Orang utan adalah penting dalam Alam Semulajadi dan Sejarah Budaya Malaysia
Orang utan boleh diertikan sebagai orang yang tinggal di hutan jelas menunjukkan betapa bernilainya dan sinonimnya kepada hutan semulajadi di Malaysia.

Orang utan pernah di temui di selatan Cina sehingga ke kaki gunung Himalayas dan juga selatan kepulauan jawa, indonesia. Sekarang borneo dan himalaya adalah 2 tempat terakhir di dunia ini menjadi tempat tinggal orang-utan.Jika tidak ikon ”orang yang tinggal di hutan” ini hilang dari hutan dan hanya tinggal sebagai satu lagenda.

Orang utan memainkan peranan penting untuk menjamin ekosistem hutan stabil

Orang utan memainkan peranan yang sangat penting dalam tanah rendah hutan hujan di sumatra dan borneo dan dikenali sabagai keystone species. Kewujudan orang utan dalam hutan semulajadi di Malaysia sangat penting untuk menjamin kestabilan ekosistem hutan. Orang utan memainkan peranan penting kerana ia mennetukan kestabilan spesis lain dan kestabilan ekosistem keseluruhannya. Jika orang utan semakin berkurangan kita atau pun pupus sama sekali dapat lihat ianya sangat memberi kesan kepada sepesis dalam ekosistem memberi kesan negatif. Perbandingan pada kawasan hutan yang berlainaan di sumatar dan borneo dimana orang utan tinggal menunjukkan biodiversiti tumbuhan dan haiwan sangat baik. Sebagai haiwan yang memakan buah dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat , orang utan memainkan peranan yang penting penyebaran benih dan menjaga diversiti hutan hujan pokok berkayu.

Aset industri eko pelancongan

Kita sedia maklum bahawa hutan hujan di Malaysia menyimpan pelbagai khazanah bernilai tetapi anda mungkin terkejut berapa banyak ia menyumbangkan kepada eko pelancongan.