Photobucket

Sepilok, Sabah

Pusat Pemuliharaan Orang Utan telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang terbiar. Kedudukannya yang terletak di kawasan seluas 4,300 hektar Hutan Simpan Kabili-Sepilok, pusat ini dibawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa anda ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan.

Di sini anda boleh menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Selain daripada matlamat utamanya iaitu pemulihan orang utan, usaha untuk mendidik masyarakat dari segi pemuliharaan, penyelidikan dan menyelamatkan spesies terancam yang lain umpamanya badak sumbu turut menjadi fokus di pusat ini.
Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda . Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.

Kepada anda yang sukakan cabaran, anda boleh mencuba laluan yang melintasi hutan paya bakau. Anda perlu memohon permit daripada pihak Jabatan Perhutanan terlebih dahulu sebelum melalui laluan sejauh 5 km yang melintasi kawasan Sepilok Laut. Anda juga boleh menggunakan bot secara ulang-alik atau menginap di chalet di dalam hutan melalui tempahan lebih awal.



Cara ke Sana

Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan or MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.

Masa Dibuka
Pagar Keselamatan :  Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket :  Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang 
Dewan Pameran :  Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat :  Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
dan 2.00 petang hingga 4.00petang
Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang 

Yuran KemasukanPemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00

Rujukan : http://www.sabahtourism.com